Pengenalan
Kalimah Bahasa Arab
Al-Quran ialah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
ketika baginda dilantik menjadi rasul. Bahasa ayat-ayat Al-Quran ialah di dalam Bahasa Arab. Oleh itu pembahasan berkaitan perkataan (kalimah) Bahasa Arab perlu dipelajari untuk mengetahui asal perkataan dan tatabahasa yang betul di samping memudahkan memahami ayat-ayat Al-Quran. Ilmu yang berkaitan dengannya antaranya ilmu bahasa arab ianya dipanggil Ilmu Nahwu dan Ilmu Sorf manakala berkaitan bacaan ayat-ayat Al-Quran dinamakan Ilmu Tajwid. waAllahi'alam.
Perkataan Bahasa Arab yang mengandungi Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah
1- Alif Lam Syamsiah
Huruf syamsiah atau huruf matahari adalah
huruf yang menghilangkan pembacaan dari huruf 'lam', contohnya pada kata al-Syamsiyah (الشمسية) harus dibaca as-syamsiyah dengan
menghilangkan bacaan pada huruf 'lam'.
Jumlah huruf syamsiah adalah sebanyak 14
huruf hijaiah bahasa Arab, iaitu:
ط ث ص ر ت ض ذ ن د س ظ ز ش ل
Contoh :
التَّكَاثُرُ - اَلثُّلُثُ - اَلدّ َهْرُ - اَلذِّ كْرُ - اَلرَّ
حْمنُ - اَلسَّمَاءِ - اَلنَّعِيْمِ - اَلشَّيْطانُ
2- Alif Lam Qamariah
Huruf qamariah atau huruf bulan adalah
huruf yang dibaca secara jelas, namun tetap memperjelaskan pembacaan pada huruf 'lam', contohnya pada kata al-qamariyah (القمرية) harus dan tetap dibaca al-qamariyah dengan
memperjelaskan bacaan pada huruf 'lam'.
Jumlah huruf qamariah adalah sebanyak 14
huruf hijaiah bahasa Arab, iaitu:
ا ب غ ح ج ك و خ ف ع ق ي م ه
Contoh
:
اَلْاَحَدُ - اَلْحَمْدُ - اَلمَقَابِرُ - اَلْيَقِيْنِ - اَلهُدَى - اَلجَحِيْمِ - اَلقَارِعَةَ - اَلْفُرْقَانَ - اَلْغَفُوْرُ - اَلْكُفْرَ
Perbezaan
Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah dan hukum bacaanya adalah seperti berikut:
- Untuk Alif Lam Syamsiah ‘Lam’nya tidak
berharakat manakala Alif Lam Qamariah ‘Lam’nya berharakat sukun.
- Untuk Alif Lam Syamsiah ‘Lam’nya tidak dibaca, manakala Alif Lam Qamariah Lam nya dibaca jelas.
- Untuk Alif Lam Syamsiah, ‘Lam’ dihilangkan ke dalam huruf syamsiah yang ada selepasnya dan huruf syamsiah tersebut diberi tasydid. - Sedangkan untuk Alif Lam Qamariah, Karena ‘Lam’ berharakat sukun, maka huruf qamariah yang ada sesudahnya tidak diberi tasydid.
Cuba perhatikan ini. Bezakan.
Alif Lam Qamariah
Alif Lam Syamsiah
Antara contoh-contoh surah berkaitan dengan hukum Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah
Surah Ad-Dhuha
Surah Al-'Adiyat
Soalan-soalan untuk pemahaman :
1- Apakah pengertian Alif Lam Syamsiah dan Alif Qamariah?
2- Apakah perbezaan fizikal yang boleh membezakan diantara dua jenis Alif Lam ini?
3- Apakah hukum bacaan bagi kedua-dua jenis Alif Lam ini?
4- Datangkan 5 contoh Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah berpandukan Surah An-Naba.
5- Bezakan Alif Lam Syamsiah dan Alif Qamariah di dalam perkataan diberikan :
الكتاب - الدراجة - الفواكه - الشجرة
5- Bezakan Alif Lam Syamsiah dan Alif Qamariah di dalam perkataan diberikan :
الكتاب - الدراجة - الفواكه - الشجرة
Selamat membaca, memahami dan menjawab soalan yang diberikan.
Sekian, Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment