Saturday, October 6, 2018

Bab : Alif Lam Syamsiah dan Alif Qamariah


Pengenalan




Kalimah Bahasa Arab

           Al-Quran ialah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda dilantik menjadi rasul. Bahasa ayat-ayat Al-Quran ialah di dalam Bahasa Arab. Oleh itu pembahasan berkaitan perkataan (kalimah) Bahasa Arab perlu dipelajari untuk mengetahui asal perkataan dan tatabahasa yang betul di samping memudahkan memahami ayat-ayat Al-Quran. Ilmu yang berkaitan dengannya antaranya  ilmu bahasa arab ianya dipanggil Ilmu Nahwu dan Ilmu Sorf manakala berkaitan bacaan ayat-ayat Al-Quran dinamakan Ilmu Tajwid. waAllahi'alam.

Perkataan Bahasa Arab yang mengandungi Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah
1- Alif Lam Syamsiah
Huruf syamsiah atau huruf matahari adalah huruf yang menghilangkan pembacaan dari huruf 'lam', contohnya pada kata al-Syamsiyah (الشمسية) harus dibaca as-syamsiyah dengan menghilangkan bacaan pada huruf 'lam'.
Jumlah huruf syamsiah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, iaitu: 
ط ث ص ر ت ض ذ ن د س ظ ز ش ل

Contoh :

التَّكَاثُرُ  -   اَلثُّلُثُ -  اَلدّ َهْرُ -  اَلذِّ كْرُ -  اَلرَّ حْمنُ - اَلسَّمَاءِ - اَلنَّعِيْمِ - اَلشَّيْطانُ   
2- Alif Lam Qamariah
Huruf qamariah atau huruf bulan adalah huruf yang dibaca secara jelas, namun tetap memperjelaskan pembacaan pada huruf 'lam', contohnya pada kata al-qamariyah (القمريةharus dan tetap dibaca al-qamariyah dengan memperjelaskan bacaan pada huruf 'lam'.
Jumlah huruf qamariah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, iaitu: 
ا ب غ ح ج ك و خ ف ع ق ي م ه 

Contoh :   

اَلْاَحَدُ - اَلْحَمْدُ - اَلمَقَابِرُ - اَلْيَقِيْنِ - اَلهُدَى - اَلجَحِيْمِ - اَلقَارِعَةَ - اَلْفُرْقَانَ - اَلْغَفُوْرُ - اَلْكُفْرَ 

      
Perbezaan Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah dan hukum bacaanya adalah seperti berikut:

- Untuk Alif Lam Syamsiah ‘Lam’nya tidak berharakat manakala Alif Lam Qamariah ‘Lam’nya berharakat sukun.

- Untuk Alif Lam Syamsiah ‘Lam’nya tidak dibaca, manakala Alif Lam Qamariah Lam nya dibaca jelas.

- Untuk Alif Lam Syamsiah, ‘Lam’ dihilangkan ke dalam huruf syamsiah yang ada selepasnya dan huruf syamsiah tersebut diberi tasydid. - Sedangkan untuk Alif Lam Qamariah, Karena ‘Lam’ berharakat sukun, maka huruf qamariah yang ada sesudahnya tidak diberi tasydid.



Cuba perhatikan ini. Bezakan.


Alif Lam Qamariah 


Alif Lam Syamsiah


Antara contoh-contoh surah berkaitan dengan hukum Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah



Surah Ad-Dhuha


Surah Al-'Adiyat

Soalan-soalan untuk pemahaman :
1- Apakah pengertian Alif Lam Syamsiah dan Alif Qamariah?
2- Apakah perbezaan fizikal yang boleh membezakan diantara dua jenis Alif Lam ini?
3- Apakah hukum bacaan bagi kedua-dua jenis Alif Lam ini?
4- Datangkan 5 contoh Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah berpandukan Surah An-Naba.
5- Bezakan Alif Lam Syamsiah dan Alif Qamariah di dalam perkataan diberikan :
    الكتاب - الدراجة - الفواكه - الشجرة

Selamat membaca, memahami dan menjawab soalan yang diberikan.

Sekian, Semoga bermanfaat. 


Monday, October 1, 2018

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.. 

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan inayah-Nya kita masih diberi nikmat Iman dan Islam di samping merasai nikmat kesihatan dan nikmat ketenangan juga bahagia di dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.  begitu juga kepada ahli keluarga baginda seterusnya kepada para sahabat dan para tabiin. 

Tujuan blog ini diciptakan untuk memudahkan para pelajar sekolah membuat rujukan untuk digunapakai ketika diberi tugasan berdasarkan penggunaan web 2.0 berpandukan skop Pembelajaran Abad ke- 21. 

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua untuk tujuan dunia dan ke arah akhirat. 

Sekian.. :-)